Syarat & Peraturan PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh Administrator   
Saturday, 10 January 2009

 

SYARAT & PERATURAN

IBUBAPA / PENJAGA

1. Bayaran pendaftaran RM50.00 akan dikenakan ke atas setiap pelajar yang mendaftar buat pertama kali di Pusat Tuisyen Tatapan Minda.

2. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 7 haribulan pada setiap bulan. Pihak pengurusan Pusat Tuisyen Tatapan Minda berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut.

3. Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-lain sebab, pelajar akan dianggap tidak hadir pada hari yang berkenaan. Yuran bulanan masih perlu dijelaskan sepenuhnya .Bagi pelajar yang tidak hadir lebih dari tiga (3) bulan berturut-turut , bayaran pendaftaran perlu dibuat semula sekiranya pelajar tersebut ingin menyambung semula pembelajaran.

4. Pusat TuisyenTatapan Minda akan ditutup pada setiap cuti umum dan tiada kelas gantian atau rebet akan dibuat sekiranya ada jadual yang jatuh pada hari cuti umum tersebut.

5. Ibubapa/ penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke Pusat Tuisyen Tatapan Minda mengikut jadual tuisyen yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui panggilan telefon.

6. Untuk keselamatan pelajar, pihak pengurusan Pusat Tuisyen Tatapan Minda berhak untuk tidak melepaskan pelajar pulang sekiranya terdapat keraguan tentang orang yang menjemput pelajar berkenaan. Oleh itu, ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada Pusat Tuisyen Tatapan Minda sekiranya ibubapa/penjaga menghantar wakil mereka untuk menjemput anak mereka.

7. Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Pusat Tuisyen Tatapan Minda dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.

PELAJAR

Pelajar perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut :

1. Sentiasa berpakaian kemas semasa hadir ke kelas.

2. Perlu hadir sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum kelas bermula.

3. Membawa alat tulis, buku, nota dan kelengkapan lain dengan secukupnya.

4. Dilarang sama sekali berlari, bermain dan membuat bising di dalam pusat tuisyen.

5. Tidak makan dan minum di dalam pusat tuisyen

6. Tidak memakai barangan perhiasan yang berlebihan.

7. Penggunaan telefon bimbit didalam pusat tuisyen adalah dilarang sama sekali.

Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 28 January 2009 )
 

Berita Terkini

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar

Al-Quran yang telah khatam dalam

bacaan Al-Quran serta yang telah

berjaya naik Al-Quran.

 

 

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

pelajar SPM 2009 yang mengikuti

tuisyen di Tatapan Minda yang berjaya

mendapat A.

 

 

PENGUMUMAN PENTING

Kelas tuisyen 2010  kini telah bermula

Hubungi 07-232 9888 untuk pendaftaran

Sila klik Jadual Kelas  untuk

mendapatkan jadual tuisyen.

Daftar segera untuk kepastian tempat !

 

 

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

kepada pelajar-pelajar Tatapan Minda

yang mendapat keputusan cemerlang 8A & 5A

untuk peperiksaan PMR/UPSR 2009.

 

Tatapan Minda kini menjalankan

Program Spoken English

untuk tempoh 12 minggu setiap sesi.

Hubungi Tatapan Minda untuk keterangan lanjut.

 

 

Pendaftaran pelajar untuk mengikuti

Program Tuisyen 2010

bagi sekolah rendah & menengah

kini dibuka.

Hubungi Tatapan Minda dengan segera

untuk mendapatkan tempat.

Kelas dihadkan untuk seramai

12 orang sahaja.

 

 

Sentiasa layari

www.tatapanminda.com

untuk mengetahui program terkini.

  

 

Sila hubungi

Tatapan Minda 07-232 9888

untuk sebarang pertanyaan.

 

 

 

 

Jam

Johor Bahru

Copyright 2010 Pusat Tuisyen Tatapan Minda.